SALAM RAMADHAN,
Salam Keberkatan & Salam Ketaqwaan.


Ramadhan 1430H.

Ramadhan kesekian kali ini, mari kita tingkatkan amal kebaikan, moga2 inilah Ramadhan yang terbaik buat kita. Maafkan kesilapan lalu, raikan mereka yang kekurangan dan mohonlah keampunan agar kehidupan fana ini dalam redhanya Maha Pencipta. Bersihkan jiwa dan hati untuk kembali ke jalan fitrah.

Serulah manusia ke jalan Allah dengan dakwah, dengan hikmah.

Rakyat mahu suara mereka didengari, diberi perhatian dengan tindakan dan hujah yang adil.


Kenyataan Media 3 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 H - ABIM Gesa Kerajaan Percepatkan Proses Penggubalan Undang-Undang Baru Menggantikan ISA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini dapat dielakkan dari berterusan.

Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

ABIM juga ingin meminta masyarakat supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.

‘Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan’

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)





Kenyataan Media 4 Ogos 2009 / 13 Syaaban 1430 H - Barisan Pimpinan Baru Angkatan Belia Islam Malaysia

Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM yang ke-38 di Dewan Besar, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jama’ah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, telah menyaksikan pertukaran kepimpinan ABIM untuk sessi pimpinan 2009 sehingga 2011.
Muktamar ABIM telah sebulat suara memilih Muhamad Razak Idris sebagai presiden. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala jawatan timbalan presiden telah disandang oleh Amidi Abdul Manan, yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah di Pahang.
Berikut adalah pimpinan ABIM untuk sessi 2009 / 2011
Naib Presiden: Ahmad Saparuddin Yusup
Khairul Faiz Morat
Fadhlina Siddiq

Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim
Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin
Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel
Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor
Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli
Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin
Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah
Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (IT dan Perhubungan): Adli Abdul Wahid

Kepimpinan baru ABIM komited untuk sama-sama menyumbang dalam proses pembinaan generasi belia Islam secara khusus dan masyarakat secara amnya ke arah pembentukan negara Malaysia yang sejahtera.

MOHAMAD RAIMI ABDUL RAHIM
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

MUKTAMAR SANAWI ABIM PUSAT KE 38

Alhamdulillah, ABIM Perlis telah menghantar 6 orang perwakilan pada Muktamar Pusat kali ke 38 ini. Majlis berlangsung selama 2 hari setengah bermula 31 Julai hingga 2 Ogos bertempat di Masjid Shah Alam, UNISEL dan SAMTAJJ Shah Alam.

Seminar sesi petang

Prof. Razali Nawawi - dekan fakulti UNISEL kampus Shah Alam

Mengupas isu -YB Kamaruddin Jaafar menggantikan YB Salahuddin Ayub. YB Razali - Timb.Ketua Pemuda UMNO tidak hadir.

Muktamar -Perbahasan ucapan dasar presiden




JOM Masjid ! Siri ke 3


Sabtu - 20 Julai 09
Masjid As-Syakirin, Mata Ayer sekali lagi menjadi tuan rumah program ini dan juga kali kedua seumpamanya sejak 6 bulan yang lalu. Tema yang sama digunakan, iaitu Keluarga bahagia, Masyarakat Sejahtera dan Komuniti Ceria. Merupakan anjuran bersama oleh berberapa agensi kerajaan, ABIM Perlis dan JK Masjid yang bertujuan mengimarahkan masjid dengan kegiatan ilmu, melahirkan kepimpinan belia Islam dan juga menganjurkan tautan ukhuwah untuk segenap lapisan masyarakat.

Sahabat2 dari Pusat Serenti Bukit Chabang menjayakan gotong royong bersihkan kawasan masjid

sukaneka...

FORUM IMAN - Panelis: Sdr Yusaiman Yusoff ( Timb.Pengerusi WADAH Perlis), AlFadhil Ustaz Fathul Bari ( Penasihat Agama IJN) dan YDP ABIM, Sdr Najid selaku moderator.

Majlis penyampaian hadiah sukaneka. Adik2 ni tunggu sampai habis Forum!


Program ini memberi tambahan pengalaman baru kepada aktivis dalam melaksanakan program kemasyarakatan. InsyaAllah, program pengimarahan masjid akan terus disyiarkan dari masa ke semasa.
Sekali lagi ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada –
LPPKN Malaysia, Jabatan Belia Sukan Perlis, Jabatan Mufti, JAIPs, AADK, JK Masjid AsSyakirin dan muslimin juga muslimat yang sama-sama menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung.

JOM MASJID! SIRI KE-3
jom..pakat-pakat pi!

Sabtu 11 Julai 09 bersamaan 18 Rejab 1420

Ayahanda kepada Sdr Wan Muhd. Noor Azam bin Wan Ya– salah seorang AJK ABIM Negeri Perlis telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar selepas Zohor. Jenazah di kebumikan di Perkuburan Islam Masjid Nurul Iman, Nesam, Bintong Perlis keesokkan harinya.
Pimpinan ABIM Negeri turut berkongsi kesedihan dalam menerima kehilangan ayahanda tersayang dan mendoakan Sdr. Wan Azam sekeluarga tabah dan sabar menerima ketentuan Ilahi. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan Allahyarham ditempat orang-orang yang soleh.

AL FATIHAH.

Salam Ta'aruf
Pada 3 Julai yang lalu mesyuarat AJK kali pertama telah di adakan di PSA Jejawi. Mesyuarat juga mempertemukan AJK baru dengan kepimpinan sedia ada kerana sesi terkini dibarisi oleh 6 orang muka baru termasuk seorang ketua Helwa yang kosong sejak 2 sesi yang lalu. Salam ta’aruf Abim Negeri Perlis ucapkan dan selamat berjuang dalam wadah ini. Pada asasnya bersedia untuk bersama-sama mendepani kekusutan dan masalah belia Islam biarpun gerakan ini sebenarnya jauh kehadapan dalam pelbagai isu Islam di peringkat lokal dan global.
Analoginya umpama bahan letupan yang pertama memecahkan gunung sebelum diledakkan menjadi butiran debu yang punya nilai dan manafaat. Merungkai masalah dan isu belia dengan penyelesaian Islam serta menggilap potensi sebagai benteng umat yang ampuh untuk hari ini dan masa depan. Biarpun ABIM antara seniors NGO Islam di negara ini, dan badan-badan sukarelawan lain yang muncul dengan pendekatan tersendiri sejak akhir-akhir ini, ABIM tetap meraikannya sebagai rakan seperjuangan yang punya matlamat akhirnya yang sama – mencari Redha Ilahi semata-mata.
Sesungguhnya perniagaan dengan Maha Pencipta selamanya tidak akan rugi. Semuanya perlu berlaku dengan pendekatan yang sesuai dengan mad’u. Qudwah dan ilmu dipadukan supaya dapat nanti kita bermuhasabah diri dan bangun sebagai mukhlisin yang istiqamah di jalan perjuangan. Moga – moga Allah SWT mengurniakan aqidah dan iman yang kukuh serta diberi kekuatan, semangat juga keyakinan yang teguh dalam menunaikan amanah ini.


*Senarai jawatankuasa penuh pimpinan ABIM Negeri Perlis 2009-2010 seperti yang tertera pada side bar sebelah kiri.