Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah TERHAPUSNYA ILMU ISLAM, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
(HR. Bukhari dan Muslim).
Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya PARA ALIM ULAMA, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(HR Bukhari dan Muslim)
SHEIKH DR. FATHI YAKAN
Ucapan takziah kepada kaum keluarga Syeikh Dr. Fathi Yakan serta Barisan Bertindak Islam (IAF) Lubnan, di atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu.
SEDIKIT LATARBELAKANG TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD 20 INI:
Dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tarablus Lubnan.
Memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.
Berkahwin dengan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).
Antara tokoh gerakan dunia Islam - antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan
Mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab melalui penulisan berideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi muda.
Di antara tulisannya yang terkenal adalah Ertinya Aku Menganut Islam, Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan buku-buku lain yang menjadi rujukan utama di kalangan aktivis-aktivis gerakan Islam di seluruh dunia hingga hari ini.
Pernah memenangi kerusi Parlimen Lubnan pada tahun 1992.
Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Rasulullah, tetapi akhirnya akur kerana hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.
Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aid Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara Politik daripada Islam itu sendiri.
Antara bekal amal yang berpanjangan dari almarhum.