Salam Ta'aruf
Pada 3 Julai yang lalu mesyuarat AJK kali pertama telah di adakan di PSA Jejawi. Mesyuarat juga mempertemukan AJK baru dengan kepimpinan sedia ada kerana sesi terkini dibarisi oleh 6 orang muka baru termasuk seorang ketua Helwa yang kosong sejak 2 sesi yang lalu. Salam ta’aruf Abim Negeri Perlis ucapkan dan selamat berjuang dalam wadah ini. Pada asasnya bersedia untuk bersama-sama mendepani kekusutan dan masalah belia Islam biarpun gerakan ini sebenarnya jauh kehadapan dalam pelbagai isu Islam di peringkat lokal dan global.
Analoginya umpama bahan letupan yang pertama memecahkan gunung sebelum diledakkan menjadi butiran debu yang punya nilai dan manafaat. Merungkai masalah dan isu belia dengan penyelesaian Islam serta menggilap potensi sebagai benteng umat yang ampuh untuk hari ini dan masa depan. Biarpun ABIM antara seniors NGO Islam di negara ini, dan badan-badan sukarelawan lain yang muncul dengan pendekatan tersendiri sejak akhir-akhir ini, ABIM tetap meraikannya sebagai rakan seperjuangan yang punya matlamat akhirnya yang sama – mencari Redha Ilahi semata-mata.
Sesungguhnya perniagaan dengan Maha Pencipta selamanya tidak akan rugi. Semuanya perlu berlaku dengan pendekatan yang sesuai dengan mad’u. Qudwah dan ilmu dipadukan supaya dapat nanti kita bermuhasabah diri dan bangun sebagai mukhlisin yang istiqamah di jalan perjuangan. Moga – moga Allah SWT mengurniakan aqidah dan iman yang kukuh serta diberi kekuatan, semangat juga keyakinan yang teguh dalam menunaikan amanah ini.


*Senarai jawatankuasa penuh pimpinan ABIM Negeri Perlis 2009-2010 seperti yang tertera pada side bar sebelah kiri.

MUKTAMAR ABIM & WADAH NEGERI PERLIS

Alhamdulilllah dan dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kerana Muktamar Sanawi ABIM Negeri Perlis ke-35 telah selamat dijayakan bersama dengan WADAH Negeri. Satu himpunan dua generasi yang berlangsung dalam suasana ukhuwah. Majlis dipengerusikan oleh Sdr. Yusaiman Yusof selaku TYDP WADAH Negeri. Manakala ABIM diwakili oleh Sdr. Mohd Najid Omar selaku TYDP Negeri dan Sdr Ahmad Saparudin menyampaikan ucapan bagi pihak ABIM Pusat. Sementara itu, Hj Ahmad Azam NYDP WADAH Pusat hadir berucap seterusnya merasmikan secara serentak kedua-dua muktamar ini.



Cikgu Yusaiman selaku pengerusi majlis

GAGAL UMAT INI MENDEPANI REALITI AKIBAT SIBUK MENANGANI KEMELUT YANG MEMBELENGGU DIRI.


Intipatinya berlegar sekitar ceramah semasa yang disampaikan semalam di Masjid Alwi. Ianya banyak menyentuh soal kesatuan umat Islam yang kini porak peranda hasil dasar pecah perintah penjajah. Sehingga ke hari ini segala macam rencana dan perancangan jahat mereka mampu jelas ditelah dibaca oleh ulama dan ilmuan namun segala instrumen yang diwujudkan telah menjadi penjara dan kawat berduri yang menghalang kebangkitan kesedaran. Seharusnya kita sedar bahawa Wilayah Islam tidak disempadankan oleh kaum, bangsa atau puak. Kepentingan, susah dan senang umat Islam harus disandarkan bersama-sama walau di mana mereka berada kerana ikatan aqidah menjadi teras dan mempersatukan kita. Apa yang dapat kita saksikan hari ini apabila umat Islam di nusantara ini sendiri berpecah kepada berberapa wilayah seperti Melayu-Islam Malaysia, Melayu-Islam Selatan Thai, Bangsamoro Selatan Filipina, Melayu-Islam Brunei dan pelbagai suku bangsa Muslim di Indonesia yang akibatnya, umat ini terpaksa menghadapi kezaliman musuh secara bersendirian dan bantuan dari saudara seagama menghadapi pelbagai masalah dan sekatan.

Hj Ahmad Azam ketika menyampaikan ucapan perasmian. Membuka paradigma untuk melihat usaha dakwah yang lebih global dan jelas bermatlamat.

Umat Islam perlu berfikiran jauh dan mampu merangka misi dan pencapaian dalam kehidupan mereka dengan lebih terarah. paradigma yang ada sekarang seperti mahukan anak-anak mereka bercita-cita sempit dalam kerjaya harus diubah. Tidak cukup jika membentuk anak-anak sekadar menjadi seorang doktor, ustaz, jurutera, guru dan pelbagai profession hebat tanpa ada misi yang jelas dalam mendaulatkan Islam. Haruslah ada doktor yang akan berada di medan perang membantu saudara seIslam menentang Yahudi laknatullah di Palestin, jurutera yang merangka jalan dan strategi ampuh bagi membebaskan Baitulmuqaddis, Ustaz yang tega berdakwah menunjuk cahaya hidayah di seluruh rantau dunia. Semuanya perlu fokus dalam usaha membantu menyelamatkan dunia Islam yang begitu teruk dizalimi dan dihina walau di mana sahaja kerana semenjak jatuhnya era khalifah, tiada siapa yang memimpin kita bagi menjaga hak dan maruah umat.

Masa depan Islam terletak pada anak-anak muda yang teguh istiqamah dalam perjuangan. Sebagai contoh, kejayaan pemimpin ke-7 Khalifah Uthmaniyyah yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al Fateh adalah pemimpin muda yang berjaya membuka kota Constantinople dari tangan kerajaan Kristian Ortodoks Byzantium seawal usia 20an. Ini membuktikan bahawa potensi membuat perubahan ini terletak kepada generasi muda yang ketika itu memiliki kekuatan fizikal dan pemikiran yang maksimum bagi menghadapi segala rintangan serta cabaran.

ABIM bukanlah NGO yang taksub dan jumud dengan idealisme sendiri sebaliknya terbuka untuk menerima apa saja methologi dari mana-mana pihak lain. Jika sesuai, ianya akan dilaksanakan melalui penyesuaian dengan suasana tempatan. Begitu juga disebaliknya sekiranya program-program yang biasa dijalankan oleh ABIM menjadi ikutan mana-mana pihak, kita raikannya sebagai usaha-usaha dakwah yang harus disebarluaskan demi kepentingan ummah.

Sdr. Ahmad Saparudin mewakili ABIM Pusat


Menarik kaderisasi di kalangan mahasiswa memerlukan usaha yang berterusan di samping menyediakan bantuan keperluan mereka, justeru ABIM Negeri sewajarnya mempunyai Rumah ABIM sebagai pusat inapan pelajar-pelajar IPT tempatan yang biasa dilakukan negeri lain sebagai mengekalkan ikatan dengan mereka.

Daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:
Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah TERHAPUSNYA ILMU ISLAM, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
(HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Abdullah bin Amr ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah tidak akan melenyapkan ilmu pengetahuan secara sekaligus dicabut dari seluruh hamba-Nya. Tetapi diambil-Nya ilmu pengetahuan dengan mencabut nyawanya PARA ALIM ULAMA, sehingga jika tidak seorang ulamapun yang tertinggal, lalu orang-orang sama mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh. Mereka ini jika ditanya, terus saja memberikan fatwa yang tidak berdasarkan ilmu pengetahuan yang benar. Jadi mereka itu tersesat dan pula menyesatkan.
(HR Bukhari dan Muslim)
B E L A S U N G K A W A
SHEIKH DR. FATHI YAKAN

Ucapan takziah kepada kaum keluarga Syeikh Dr. Fathi Yakan serta Barisan Bertindak Islam (IAF) Lubnan, di atas pemergian beliau ke Rahmatullah pada Sabtu 13 Jun 2009 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1430 Hijrah yang lalu.

SEDIKIT LATARBELAKANG TOKOH GERAKAN ISLAM ABAD 20 INI:

Dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tarablus Lubnan.

Memperolehi Phd di dalam bidang pengajian Islam dan bahasa Arab.

Berkahwin dengan Dr. Mona Haddad Yakan dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata ( 4 perempuan dan 1 lelaki).

Antara tokoh gerakan dunia Islam - antara pelopor yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan

Mempelopori fikrah gerakan Islam di dalam dunia Arab melalui penulisan berideologi ke dunia Arab dan Islam sebagai panduan generasi muda.

Di antara tulisannya yang terkenal adalah Ertinya Aku Menganut Islam, Bahtera Penyelamat Umat Dalam Kehidupan Pendakwah, Permasalah dakwah dan Pendakwah, Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam dan buku-buku lain yang menjadi rujukan utama di kalangan aktivis-aktivis gerakan Islam di seluruh dunia hingga hari ini.

Pernah memenangi kerusi Parlimen Lubnan pada tahun 1992.

Beliau pernah menolak amalan pilihanraya kerana berpendapat ianya merupakan perkara baru yang tidak di lakukan di zaman Rasulullah, tetapi akhirnya akur kerana hanya menyertai pilihanraya sahajalah negara Islam mampu ditegakkan.

Salah satu bukunya yang cukup fenomenal yang terbit pada tahun 90an adalah Aid Haraky - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara Politik daripada Islam itu sendiri.

Antara bekal amal yang berpanjangan dari almarhum.

Semoga rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t serta ditempatkan
di kalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH.

CERAMAH SEMASA OLEH TN.HJ AHMAD AZAM
- Mantan Presiden ABIM

MUKTAMAR SANAWI ABIM PERLIS KALI KE-35

KAMI ADALAH DAIE
Oleh: Sofyan Siroj Aw, Lc, MM
Petikan : dakwahtuna.com

NAHNU DU’AATUN QABLA KULLI SYAI’IN.
“KAMI ADALAH DAIE SEBELUM JADI APAPUN”.


SETIAP muslim adalah daie. Kalau bukan daie kepada Allah, bererti ia adalah daie kepada selain Allah, tidak ada pilihan ketiganya. Sebab dalam hidup ini, kalau bukan Islam bererti hawa nafsu. Kehidupan di dunia ini adalah hamparan nikmat sementara dan kita bebas memilih, yang akhirnya apa yang dipilih akan dipertanggungjawabkan di hadapan Rabbul insan kelak. Bagi muslim, dakwah merupakan darah bagi tubuhnya, ia tidak boleh hidup tanpanya.


Masih ramai manusia disekeliling kita yang memerlukan nasihat Islami.
Pasaran Dakwah masih luas terbuka. Dimana peranan kita?

Dakwah merupakan aktiviti yang begitu dekat dengan kehidupan kaum muslimin. Begitu dekatnya sehingga hampir seluruh lapisan terlibat di dalamnya. Sayang keterlibatan tersebut tidak dibekali ”Fiqh Dakwah” sehingga kerosakan yang ditimbulkan jauh lebih besar daripada kebaikan yang diperbuat.

Di sini menjadi jelas akan pentingnya keperluan terhadap fiqh dakwah, sebagaimana digambarkan para ulama, bahwa ”keperluan manusia kepada ilmu melebihi daripada keperluan terhadap makan dan minum”. Sehingga penting bagi kaum muslimin yang telah dan hendak terjun dalam kancah dakwah untuk membekali diri dengan pemahaman yang utuh terhadap Islam dan dakwah Islam. Kerena orang yang melaksanakankan berdasarkan manual piawai semata-mata tanpa memiliki pemahaman yang benar terhadap Islam ”sama bahayanya” dengan orang yang memiliki pemahaman yang benar akan tetapi bodoh di dalam menyampaikan, mengapa?

Pertama; ia akan menyesatkan kaum muslimin dengan kepiawaiannya (logik yang kosong). Kedua; Hal itu akan menjadi ”dalil” bagi orang-orang kafir dalam kekafirannya (keungulan bungkusannya).

Fiqh dakwah merupakan ilmu untuk memastikan lahirnya pemahaman sebenar terhadap Islam, didukung dengan baik dalam menyampaikannya kepada khalayak. Usaha yang berterusan dengan gerak kerja dakwah ini ummat dapat menyaksikan ”Islam” dalam diri, keluarga dan aktiviti para daie yang melakukan perbaikan ummat secara integrasi, mengeluarkan manusia dari pekat jahiliyah menuju cahaya Islam.

Bagi mereka yang yang berjalan di atas rel kafilah dakwah menuju cahaya dan kebahagiaan dunia dan akhirat, dapat melihat prinsip-prinsip dakwah dan kaedah- kaedahnya, agar menjadi hujjah atau pegangan bagi manusia dan menjadi alasan di hadapan Allah. Usul fiqh sebagai bekal para daie tersebut adalah sebagai berikut:

1. Qudwah (teladan) sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pembebanan tugas
5. Mempermudah, bukan merumitkan
6. Menyampaikan yang usul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memahamkan, bukan dipaksa faham
9. Mendidik bukan menelanjangi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku.

Harapan, kiranya Allah swt senantiasa mencurahkan taufiq dan petunjuk-Nya kepada para daie yang ikhlas menyeru manusia ke jalan Allah, memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat serta tempat kerja, sehingga Allah terlibat dalam urusan dan kebijakan-kebijakan yang akan ditetapkan untuk orang banyak, demi tegaknya tatanan Islam yang indah dalam kehidupan dengan bimbingan Allah dan sesuai panduan manhaj (aturan) dakwah Rasulullah saw. Wallahu ‘alam.



3 LANGKAH
MENJADI MANUSIA TERBAIK


ADA hadis pendek namun sarat makna dikutip dari Imam Suyuthi dalam bukunya Al-Jami’ush Shaghir. Bunyinya, “Khairun naasi anfa’uhum linnaas.” Terjemahan bebasnya:
“Sebaik-baik manusia adalah siapa yang paling banyak bermanfaat bagi orang lain.”

Darjat hadis ini ini menurut Imam Suyuthi tergolong hadits hasan. Syeikh Nasiruddin Al-Bani dalam bukunya Shahihul Jami’ush Shagir sependapat dengan penilaian Suyuthi.

Hakikatnya, manusia itu makhluk sosial. Tiada siapa yang boleh menafikan. Tidak ada satu orangpun yang boleh hidup sendirian. Semua saling bergantungan. Saling memerlukan.Kerena saling memerlukan, pola hubungan seseorang dengan orang lain adalah untuk saling mengambil manfaat. Ada yang memberi jasa dan ada yang mendapat jasa. Si pemberi jasa mendapat imbalan dan penerima jasa mendapat manfaat. Itulah pola hubungan yang lazim. Adil.

Jika ada orang yang mengambil terlalu banyak manfaat dari orang lain dengan pengorbanan yang amat minima, naluri kita akan mengatakan itu tidak adil. Orang itu telah berlaku curang. Dan kita akan mengatakan seseorang berbuat jahat ketika mengambil banyak manfaat untuk dirinya sendiri dengan cara yang curang dan melanggar hak orang lain.

Begitulah hati sanubari kita, selalu menginginkan pola hubungan yang saling redha dalam mengambil manfaat dari satu sama lain. Jiwa kita akan senang dengan orang yang mengambil manfaat bagi dirinya dengan cara yang baik. Kita anggap seburuk-buruk manusia orang yang mengambil manfaat banyak dari diri kita dengan cara yang salah. Apakah itu menipu, mencuri, dan mengambil paksa, bahkan dengan kekerasan.
Namun yang luar biasa adalah orang lebih banyak memberi dari mengambil manfaat dalam berhubungan dengan orang lain. Orang yang seperti ini kita sebut orang yang terbaik di antara kita. Dermawan. Ikhlas. Tidak punya vested interest.

Orang yang selalu mengusahakan kebaikan dan memberi manfaat bagi orang lain adalah sebaik-baik manusia. Kenapa Rasulullah saw. menyebut seperti itu? Setidaknya ada empat alasan. Pertama, karena ia dicintai Allah swt. Rasulullah saw. pernah bersabda yang bunyinya kurang lebih, orang yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. Siapakah yang lebih baik dari orang yang dicintai Allah?

Alasan kedua, karena ia melakukan amal yang terbaik. Kaedah usul fiqih menyebutkan bahawa kebaikan yang amalnya dirasakan orang lain lebih bermanfaat berbanding yang manfaatnya dirasakan oleh diri sendiri. Apalagi jika ruangnya lebih luas lagi. Amal itu boleh menyebabkan orang seluruh negeri merasakan manfaatnya. Karena itu tak hairan jika para sahabat ketika ingin melakukan suatu kebaikan bertanya kepada Rasulullah, amal apa yang paling afdhol untuk dikerjakan.

Ketika musim kemarau dan masyarakat kesulitan air, Rasulullah berkata membuat sumur/telaga adalah amal yang paling utama. Saat seseorang ingin berjihad sementara ia punya ibu yang sakit dan tidak ada yang merawat, Rasulullah menyebut berbakti kepada si ibu adalah amal yang paling utama bagi orang itu.

Ketiga, kerena ia melakukan kebaikan yang sangat besar pahalanya. Berbuat sesuatu untuk orang lain besar pahalanya. Bahkan Rasulullah saw. berkata,
“Seandainya aku berjalan bersama saudaraku untuk memenuhi suatu keperluannya, maka itu lebih aku cintai daripada iktikaf sebulan di masjidku ini.” (Thabrani). Subhanallah.

Keempat, memberi manfaat kepada orang lain tanpa balasan, mengundang kesaksian dan pujian orang yang beriman. Allah swt. mengikuti persangkaan hambanya. Ketika orang menilai diri kita adalah orang yang baik, maka Allah swt. menggolongkan kita ke dalam golongan hambanya yang baik-baik.

Pernah suatu ketika lalu orang membawa jenazah untuk dihantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut orang itu sebagai orang yang tidak baik. Kemudian lalu lagi orang-orang membawa jenazah lain untuk dihantar ke kuburnya. Para sahabat menyebut-nyebut kebaikan si mayat. Rasulullah saw. membenarkan. Seperti itu jugalah Allah swt. Karena itu di surat At-Taubah ayat 105, Allah swt. menyuruh Rasulullah saw. untuk memerintahkan kita, orang beriman, untuk beramal sebaik-baiknya amal agar Allah, Rasul, dan orang beriman menilai amal-amal kita. Di hari akhir, Rasul dan orang-orang beriman akan menjadi saksi di hadapan Allah bahwa kita seperti yang mereka saksikan di dunia.

Kemiskinan dan kekayaan hanyalah ujian Allah SWT untuk meletakkan sejauh mana

kefahaman dan darjat iman manusia.

Untuk menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada orang lain, kita perlu menyiapkan beberapa hal dalam diri kita. Pertama, tingkatkan keimanan kita kepada Allah swt. Sebab, amal tanpa mengharapkan balasan adalah amal yang hanya mengharap redha kepada Allah. Kita tidak meminta balasan dari manusia, cukup dari Allah swt. saja balasannya. Ketika iman kita tipis terkikis, tak mungkin kita akan mampu beramal ikhlas Lillahi Ta’ala.

Ketika iman kita memuncak kepada Allah swt., segala amal untuk memberi manfaat bagi orang lain menjadi ringan dilakukan. Bilal bin Rabah bukanlah orang kaya. Ia hidup miskin. Namun kepadanya, Rasulullah saw. memerintahkan untuk bersedekah. Sebab, sedekah tidak membuat rezeki berkurang. Begitu kata Rasulullah saw. Bilal mengimani janji Rasulullah saw. itu. Ia tidak ragu untuk bersedekah dengan apa yang dimiliki dalam keadaan sesukar sekalipun.

Kedua, untuk mampu memberi manfaat yang banyak kepada orang lain, kita harus mengikis habis sifat egois dan rasa serakah terhadap materialistik dari diri kita. Allah swt. memberi contoh kaum Ansar. Lihat surat Al-Hasyr ayat 9. Merekalah sebaik-baik manusia. Memberikan semua yang mereka perlukan untuk saudara mereka kaum Muhajirin. Bahkan, ketika kaum Muhajirin telah kukuh taraf kehidupan dan ekonomi, tidak terdetik di hati mereka untuk meminta kembali apa yang pernah mereka beri.

Yang ketiga, tanamkan dalam diri kita secara logiknya sisa harta yang ada pada diri kita adalah yang telah diberikan kepada orang lain. Bukan yang ada dalam genggaman kita. Logik ini diajarkan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Suatu ketika Rasulullah saw. menyembelih kambing. Beliau memerintahkan seorang sahabat untuk menyedekahkan daging kambing itu. Setelah dibagi-bagi, Rasulullah saw. bertanya, berapa yang tersisa. Sahabat itu menjawab, hanya tinggal sepotong paha. Rasulullah saw. Memperbetulkan jawapan sahabat itu. Yang tersisa bagi kita adalah apa yang telah diberikan.

Begitulah. Yang tersisa adalah yang telah diberikan kepada orang lain. Itulah milik kita yang hakiki kerana kekal menjadi tabungan kita di akhirat. Sementara, daging paha yang belum dibahagikan hanya akan menjadi sampah jika busuk tidak sempat kita manfaatkan, atau menjadi kotoran ketika kita makan. Begitulah harta kita. Jika kita tidak memanfaatkannya untuk beramal, maka tidak akan menjadi milik kita selamanya. Harta itu akan habis lapuk karena waktu, hilang karena kematian kita, dan selalu menjadi intaian ahli waris kita. Maka tidak hairanlah jika dalam sejarah kita melihat bahawa para sahabat dan salafussaleh mudah saja menginfakkan wang yang mereka miliki. Sehinggakan tidak terfikir untuk meninggalkan barang sedirham pun untuk diri mereka sendiri.

Keempat, kita akan mudah memberi manfaat tanpa balasan kepada orang lain jika dibenak kita ada pemahaman bahwa sebagaimana kita memperlakukan seperti itu jugalah kita akan diperlakukan. Jika kita memuliakan tamu, maka seperti itu jugalah yang akan kita dapat ketika bertamu. Ketika kita berkunjung ke tetangga, maka sikap seperti itu jugalah yang kita dari tetangga kita.

Kelima, untuk boleh memberi, tentu kita harus memiliki sesuatu untuk diberi. Kumpulkan bekal apapun bentuknya, sama ada berbentuk kewangan, fikiran, tenaga, waktu, dan perhatian. Jika kita punya air, kita boleh memberi minum orang yang haus. Jika punya ilmu, kita boleh mengajarkan orang yang tidak tahu. Ketika kita sihat, kita boleh membantu beban seorang nenek yang menjinjing beg yang besar. Luangkan waktu untuk bersosialisasi, dengan begitu kita boleh hadir untuk masyarakat di sekitar kita.


Firman Allah SWT:
Tidak engkau diwajibkan (wahai Muhammad )
menjadikan mereka (yang kafir) mendapat pertunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan pertunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dihendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya ). Dan apa jua harta yang halal
yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan
sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.

Al-Baqarah :272