SEKITAR BANJIR BESAR PERLIS NOVEMBER 2010
Awal november 2010, negeri-negeri utara khususnya telah menerima ujian daripada Allah SWT dengan musibah banjir. Perlis antara negeri yang agak teruk menghadapinya dan terburuk sejak 2005. Hampir semua kawasan dan daerah utama negeri ini menerima bencana banjir ini. Situasi yang berlangsung hampir seminggu ini menyebabkan bandar Kangar hampir lumpuh daripada sebarang aktiviti sedia ada.
...berberapa gambar suasana sekitar bandar Kangar.
Ramai pimpinan negeri turut menjadi mangsa. ABIM Perlis berterima kasih kepada ABIM Pusat kerana hadir membantu melalui Misi Perubatan ABIM dibawah kelolaan Dr.Saifullah Hany. Kehadiran Tim tersebut telah memberi pengalaman baru secara langsung kepada pimpinan khususnya dalam melibatkan diri dengan kerja-kerja di lapangan yang berhadapan dengan keresahan masyarakat dan mangsa bencana. ABIM Perlis telah membentuk sekumpulan sukarelawan daripada sebuah IPTS tempatan untuk bersama-sama membantu.
Menerusi Majlis Belia Negeri ABIM diberi peranan sebagai Unit Kerohanian yang berpusat di Bilik Gerakan Kompleks Dewan Undangan Negeri. Unit ini telah diberi amanah untuk melaksanakan pengisian aktiviti kepada anak-anak mangsa banjir yang ditempatkan di 2 buah sekolah iaitu SK Sena dan SK Panggau. Antara program lain yang telah dilaksanakan adalah membersih Surau Al Muhajirin, Taman Hijrah, Kangar dan Sukarelawan ABIM Bersama MBN Perlis ke Utara Kedah.
- (Maaf kerana tidak dapat menyiarkan gambar-gambar aktiviti tersebut kerana kamera penulis juga mengalami kerosakan.)