Salam Ta'aruf
Pada 3 Julai yang lalu mesyuarat AJK kali pertama telah di adakan di PSA Jejawi. Mesyuarat juga mempertemukan AJK baru dengan kepimpinan sedia ada kerana sesi terkini dibarisi oleh 6 orang muka baru termasuk seorang ketua Helwa yang kosong sejak 2 sesi yang lalu. Salam ta’aruf Abim Negeri Perlis ucapkan dan selamat berjuang dalam wadah ini. Pada asasnya bersedia untuk bersama-sama mendepani kekusutan dan masalah belia Islam biarpun gerakan ini sebenarnya jauh kehadapan dalam pelbagai isu Islam di peringkat lokal dan global.
Analoginya umpama bahan letupan yang pertama memecahkan gunung sebelum diledakkan menjadi butiran debu yang punya nilai dan manafaat. Merungkai masalah dan isu belia dengan penyelesaian Islam serta menggilap potensi sebagai benteng umat yang ampuh untuk hari ini dan masa depan. Biarpun ABIM antara seniors NGO Islam di negara ini, dan badan-badan sukarelawan lain yang muncul dengan pendekatan tersendiri sejak akhir-akhir ini, ABIM tetap meraikannya sebagai rakan seperjuangan yang punya matlamat akhirnya yang sama – mencari Redha Ilahi semata-mata.
Sesungguhnya perniagaan dengan Maha Pencipta selamanya tidak akan rugi. Semuanya perlu berlaku dengan pendekatan yang sesuai dengan mad’u. Qudwah dan ilmu dipadukan supaya dapat nanti kita bermuhasabah diri dan bangun sebagai mukhlisin yang istiqamah di jalan perjuangan. Moga – moga Allah SWT mengurniakan aqidah dan iman yang kukuh serta diberi kekuatan, semangat juga keyakinan yang teguh dalam menunaikan amanah ini.


*Senarai jawatankuasa penuh pimpinan ABIM Negeri Perlis 2009-2010 seperti yang tertera pada side bar sebelah kiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan