MUKTAMAR ABIM & WADAH NEGERI PERLIS
Alhamdulilllah dan dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kerana Muktamar Sanawi ABIM Negeri Perlis ke-35 telah selamat dijayakan bersama dengan WADAH Negeri. Satu himpunan dua generasi yang berlangsung dalam suasana ukhuwah. Majlis dipengerusikan oleh Sdr. Yusaiman Yusof selaku TYDP WADAH Negeri. Manakala ABIM diwakili oleh Sdr. Mohd Najid Omar selaku TYDP Negeri dan Sdr Ahmad Saparudin menyampaikan ucapan bagi pihak ABIM Pusat. Sementara itu, Hj Ahmad Azam NYDP WADAH Pusat hadir berucap seterusnya merasmikan secara serentak kedua-dua muktamar ini.
Alhamdulilllah dan dipanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang dikurniakan kerana Muktamar Sanawi ABIM Negeri Perlis ke-35 telah selamat dijayakan bersama dengan WADAH Negeri. Satu himpunan dua generasi yang berlangsung dalam suasana ukhuwah. Majlis dipengerusikan oleh Sdr. Yusaiman Yusof selaku TYDP WADAH Negeri. Manakala ABIM diwakili oleh Sdr. Mohd Najid Omar selaku TYDP Negeri dan Sdr Ahmad Saparudin menyampaikan ucapan bagi pihak ABIM Pusat. Sementara itu, Hj Ahmad Azam NYDP WADAH Pusat hadir berucap seterusnya merasmikan secara serentak kedua-dua muktamar ini.
GAGAL UMAT INI MENDEPANI REALITI AKIBAT SIBUK MENANGANI KEMELUT YANG MEMBELENGGU DIRI.
Intipatinya berlegar sekitar ceramah semasa yang disampaikan semalam di Masjid Alwi. Ianya banyak menyentuh soal kesatuan umat Islam yang kini porak peranda hasil dasar pecah perintah penjajah. Sehingga ke hari ini segala macam rencana dan perancangan jahat mereka mampu jelas ditelah dibaca oleh ulama dan ilmuan namun segala instrumen yang diwujudkan telah menjadi penjara dan kawat berduri yang menghalang kebangkitan kesedaran. Seharusnya kita sedar bahawa Wilayah Islam tidak disempadankan oleh kaum, bangsa atau puak. Kepentingan, susah dan senang umat Islam harus disandarkan bersama-sama walau di mana mereka berada kerana ikatan aqidah menjadi teras dan mempersatukan kita. Apa yang dapat kita saksikan hari ini apabila umat Islam di nusantara ini sendiri berpecah kepada berberapa wilayah seperti Melayu-Islam Malaysia, Melayu-Islam Selatan Thai, Bangsamoro Selatan Filipina, Melayu-Islam Brunei dan pelbagai suku bangsa Muslim di Indonesia yang akibatnya, umat ini terpaksa menghadapi kezaliman musuh secara bersendirian dan bantuan dari saudara seagama menghadapi pelbagai masalah dan sekatan.
Hj Ahmad Azam ketika menyampaikan ucapan perasmian. Membuka paradigma untuk melihat usaha dakwah yang lebih global dan jelas bermatlamat.
Umat Islam perlu berfikiran jauh dan mampu merangka misi dan pencapaian dalam kehidupan mereka dengan lebih terarah. paradigma yang ada sekarang seperti mahukan anak-anak mereka bercita-cita sempit dalam kerjaya harus diubah. Tidak cukup jika membentuk anak-anak sekadar menjadi seorang doktor, ustaz, jurutera, guru dan pelbagai profession hebat tanpa ada misi yang jelas dalam mendaulatkan Islam. Haruslah ada doktor yang akan berada di medan perang membantu saudara seIslam menentang Yahudi laknatullah di Palestin, jurutera yang merangka jalan dan strategi ampuh bagi membebaskan Baitulmuqaddis, Ustaz yang tega berdakwah menunjuk cahaya hidayah di seluruh rantau dunia. Semuanya perlu fokus dalam usaha membantu menyelamatkan dunia Islam yang begitu teruk dizalimi dan dihina walau di mana sahaja kerana semenjak jatuhnya era khalifah, tiada siapa yang memimpin kita bagi menjaga hak dan maruah umat.
Masa depan Islam terletak pada anak-anak muda yang teguh istiqamah dalam perjuangan. Sebagai contoh, kejayaan pemimpin ke-7 Khalifah Uthmaniyyah yang lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al Fateh adalah pemimpin muda yang berjaya membuka kota Constantinople dari tangan kerajaan Kristian Ortodoks Byzantium seawal usia 20an. Ini membuktikan bahawa potensi membuat perubahan ini terletak kepada generasi muda yang ketika itu memiliki kekuatan fizikal dan pemikiran yang maksimum bagi menghadapi segala rintangan serta cabaran.
ABIM bukanlah NGO yang taksub dan jumud dengan idealisme sendiri sebaliknya terbuka untuk menerima apa saja methologi dari mana-mana pihak lain. Jika sesuai, ianya akan dilaksanakan melalui penyesuaian dengan suasana tempatan. Begitu juga disebaliknya sekiranya program-program yang biasa dijalankan oleh ABIM menjadi ikutan mana-mana pihak, kita raikannya sebagai usaha-usaha dakwah yang harus disebarluaskan demi kepentingan ummah.
Sdr. Ahmad Saparudin mewakili ABIM Pusat
Menarik kaderisasi di kalangan mahasiswa memerlukan usaha yang berterusan di samping menyediakan bantuan keperluan mereka, justeru ABIM Negeri sewajarnya mempunyai Rumah ABIM sebagai pusat inapan pelajar-pelajar IPT tempatan yang biasa dilakukan negeri lain sebagai mengekalkan ikatan dengan mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan