Rakyat mahu suara mereka didengari, diberi perhatian dengan tindakan dan hujah yang adil.


Kenyataan Media 3 Ogos 2009 / 11 Syaaban 1430 H - ABIM Gesa Kerajaan Percepatkan Proses Penggubalan Undang-Undang Baru Menggantikan ISA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa pihak kerajaan mempercepatkan tindakan bagi proses penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Ini bagi memastikan supaya kegiatan protes terhadap ISA oleh sebahagian dari anggota masyarakat di negara ini, sebagaimana yang telah berlaku baru-baru ini dapat dielakkan dari berterusan.

Antara tindakan segera yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan bagi mempercepatkan proses penggubalan undang-undang baru menggantikan ISA ini ialah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Khas yang dianggotai oleh tokoh-tokoh dari pelbagai sektor masyarakat, meliputi pihak kerajaan, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pihak kerajaan tidak harus memandang ringan protes-protes yang dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat ini sebagaimana yang terjadi kelmarin kerana ia merupakan manifestasi bantahan terhadap perlaksanaan ISA yang dilihat telah banyak melanggar batas-batas hak asasi warganegara dari kerangka perlembagaan.

ABIM juga ingin meminta masyarakat supaya memberi peluang dan masa kepada pihak kerajaan, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, yang telah membuat kenyataan rasmi untuk membuat kajian semula terhadap akta ini, menyempurnakan janjinya. Ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat terbanyak hendaklah dipelihara oleh semua pihak.

ABIM ingin terus mempertegaskan sikapnya pada sebelum ini iaitu ISA hendaklah dihapuskan kerana ia bertentangan dengan prinsip hak kemanusian. Oleh itu, ISA hendaklah diganti dengan satu undang-undang baru yang lebih adil sejajar dengan tuntutan agama dan perlembagaan Malaysia.

‘Menegakkan Kebenaran Dan Keadilan’

MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)





Kenyataan Media 4 Ogos 2009 / 13 Syaaban 1430 H - Barisan Pimpinan Baru Angkatan Belia Islam Malaysia

Bersempena dengan Muktamar Sanawi ABIM yang ke-38 di Dewan Besar, Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jama’ah (SAMTTAJ), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, telah menyaksikan pertukaran kepimpinan ABIM untuk sessi pimpinan 2009 sehingga 2011.
Muktamar ABIM telah sebulat suara memilih Muhamad Razak Idris sebagai presiden. Beliau bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Manakala jawatan timbalan presiden telah disandang oleh Amidi Abdul Manan, yang merupakan seorang pendidik di sebuah sekolah di Pahang.
Berikut adalah pimpinan ABIM untuk sessi 2009 / 2011
Naib Presiden: Ahmad Saparuddin Yusup
Khairul Faiz Morat
Fadhlina Siddiq

Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim
Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin
Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel
Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor
Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli
Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin
Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah
Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (IT dan Perhubungan): Adli Abdul Wahid

Kepimpinan baru ABIM komited untuk sama-sama menyumbang dalam proses pembinaan generasi belia Islam secara khusus dan masyarakat secara amnya ke arah pembentukan negara Malaysia yang sejahtera.

MOHAMAD RAIMI ABDUL RAHIM
Setiausaha Agung,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

0 ulasan:

Catat Ulasan